TAWARAN KHAS MINERAL | INFO M-TRADE
TAWARAN KHAS STEVIA
| INFO PRODUK

Info M-Trade

PERTUBUHAN USAHAWAN M-TRADE MALAYSIA
Nombor Pendaftaran: PPM-004-01-08062017

Pertubuhan Usahawan M-Trade Malaysia atau ringkasnya M-Trade adalah idea dan di asaskan oleh En. Hasnu Bin Baharol. Sejarah dan fakta awal terdiri dari 3000 usahawan yang terlibat dengan urusan permohonan Geran Dana Usahawan dan Geran Khas Usahawan. Atas idea dan kesepakatan serta usahasama maka pada 8 Jun 2017 tertubuhlah PERTUBUHAN USAHAWAN M-TRADE MALAYSIA dan sah pendaftarannya di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Takrif Nama: M singkatan dari muslim dan trade adalah dagangan.
Bertaraf : Kebangsaan

Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
POS 154, KG PARIT BESAR BAGAN, 83000 BATU PAHAT JOHOR.
83000 BATU PAHAT, JOHOR


[KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS]

MATLAMAT PENUBUHAN
1. Mendidik, melatih dan membimbing para ahlinya untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman di bidang pengurusan perniagaan.
2. Platfom penyatuan modal usahawan muslim Malaysia.
3. Platfom perlaksanaan dan perkongsian perniagaan.
4. Sebagai platfom pembangunan perniagaan berdaya maju.
5. Sebagai platfom membina keuntungan dan mengembangkan perniagaan.
6. Sebagai platfom jihad ekonomi muslim Malaysia.

KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:-

A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Islam
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Usahawan

B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.

D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

E. Ahli Remaja
Tiada

SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1. Bayaran masuk :
RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

2. Yuran :
RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan.

b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentuboleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.

3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
 
MAKLUMAT PERHUBUNGAN

PERTUBUHAN USAHAWAN M-TRADE MALAYSIA
Alamat: Pos 154, Kg Parit Besar, Bagan, 83000 Batu Pahat, Johor.
Email : mtrademalaysia.org@gmail.com
Pengerusi : 011-2384 2372
Setiausaha : 017-728 4821
Bendahari : 014-322 2101


 
 
Pertubuhan Usahawan M-Trade Malaysia 2019